eBook Literary Poetics of Indonesian and Malaysian Women: A Gynocritical Approach, Norhayati Ab Rahman
Ebook

LITERARY POETICS OF INDONESIAN AND MALAYSIAN WOMEN: A GYNOCRITICAL APPROACH 

por el autor   Norhayati Ab Rahman


(0) Votos
    
(2) Vistos
    
(0) Comentarios
    
(0) Me gusta 

ISBN: 9789838617666
Tema: Estudios Literarios - Géneros literarios
Editorial: Sin editorial
Fecha publicación: 2014
Idioma: Español
Formato electrónico:  EPUB 

Formato Precio Comprar
eBook US$ 33.92
Valoraciones usuarios
5 estrellas
(0)
4 estrellas
(0)
3 estrellas
(0)
2 estrellas
(0)
1 estrella
(0)

Reseña

Kajian feminisme di Malaysia sudah melalui tahap permulaannya. Buku ini, Puitika Sastera Wanita Indonesia dan Malaysia: Satu Bacaan Ginokritik membawa pembaca ke tahap seterusnya dengan perbincangan daripada sudut yang lebih mutakhir dan menggunakan teori ginokritik yang digagaskan oleh Showalter. Perbincangan yang tersusun rapi dan diperkuat dengan hujah-hujah serta contoh yang jelas ini memberikan gambaran dan amalan puitika wanita yang lebih menonjolkan biologi dan pengalaman wanita. Puitika wanita yang unik dan berlainan ini mendekonstruksikan puitika aliran perdana (lelaki), dan oleh yang demikian bersifat subversif kerana yang dijadikan medan perbincangan di sini ialah perasaan, suara, keinginan, perlambangan, imej, wacana dan gaya wanita, yang seterusnya dihubungkan dengan sifat biologi pengarang wanita. Pengarang menggalurkan unsur-unsur ini dalam karya-karya pengarang penting Indonesia dan Malaysia, termasuk Titis Basino, Oka Rusmini, Ayu Utami dan Toety Heraty dari Indonesia, dan Azmah Nordin, Rosmini Shaari, Fatimah Busu dan Zaharah Nawawi dari Malaysia. Aspek-aspek serta unsur-unsur yang secara langsung atau tidak langsung telah mempengaruhi proses pembentukan puitika ini di kedua-dua buah negara turut dibincangkan. Buku ini sememangnya adalah pemaparan usaha penting pengarang yang membuka lembar baru dalam penerokaan akal budi pengarang wanita Malaysia dan dengan itu berlaku adil kepada wacana dan sudut wujud mereka. lnilah bahan bacaan dan rujukan penting yang perlu dimiliki oleh para pengkaji dan pelajar kesusasteraan.

Tu opinión sobre este libro es importante: